Friday, January 04, 2013

Confinement Period

Dalam pantang hari ke-11




















aku pantang sendiri je kat rumah
lepas discharge from NICU duduk rumah 2 hari
pastu khamis tengahari balik rumah mak aku sebab ingat nak pantang sana at least 2 weeks
malam tu call surfacing nangis sebab rindu...boleh tak?
Rupanya husband aku pun tak boleh tidur rindu kat aku dan Hamza
Dia tak tidur umah mak aku
Jumaat rumah mak aku pagi-pagi dah tersedia air mandian rebusan and sup ikan yu
fuh sedapnya la hai
sabtu pagi nurse kk datang kata anak aku masih jaundice kena refer hospital
Tengahari tu jugak pergi hospital selayang nasib tak warded
and bermula lah pantang di rumah sahaja

I gotta say I enjoy it sebab duduk rumah sendiri
and husband jaga baik punya
Pagi-pagi dia rebus air dengan daun apa ntah mak aku bagi
sebab aku tak boleh naik tingkat atas nak pakai water heater
Dia akan beli segala ikan tenggiri, selar yang tak gatal
Cuma dia tak masak je
Makanan pantang aku ikan tenggiri goreng atau apa-apa masak yang aku tibai senang-senang
aku tak makan halia atau blackpepper sebab anak jaundice
aku tak pakai bengkung sebab c-section

Husband ada beli set tanamera yang aku beriya-iya nak sebab nak pantang sendiri kononnya
Last-last aku cuma pakai Minyak VCO, feminine wash tu sekali..pilis sekali..param sekali
Minyak VCO memang aku pakai sampai sekarang nak elak stretch marks
teh halia dia langsung aku tak minum sebab takut baby jaundice
jadinya ada 70% barang dalam tu aku tak guna
pengajaran untuk next baby supaya jangan membazir macam tu
Don't get me wrong...set dia memang berguna
cuma aku takda masa nak pakai
aku beli tungku elektrik tapi plug dia  2 kali rosak
so aku bertungku adala 3x je...pastu aku give up

















Seminggu tu aku dah start buat laundry and kemas-kemas rumah sikit
bukan aku saja nak degil tapi dah nama duduk sendiri
takkan nak biar baju bersepah-sepah , rumah berhabuk
husband start kerja bermula la episod berpantang sendiri yang ntahpapa
sebab Hamza pantang letak je nangis
jadinya breakfast aku pukul 11pagi...lunch jadi pukul 4 petang
makan malam tunggu husband balik..kalau awal dia balik, awal la jadinya
sepanjang tu makcik husband aku bermurah hati bantu tolong masakkan
everyday time lunch dia akan hantar lauk
merasala aku makan sedap sikit
kalau harap aku masak balik-balik ikan goreng

Kira masa pantang tu aku tak berapa jaga la
aku cuma strict tak minum ais dan tak makan makanan berangin, pedas
lain aku tibai termasuklah mcdonald dan dominos pizza
hari ke 20 aku try pakai bengkung pastu kena marah sama nurse...
dia kata tunggula sampai at least hari ke 40

hari ke 35 husband hire aunty sherry untuk berurut selama 3 hari
best sangat dia urut sebab tak sakit
and dia gabung moden dan traditional
dia tolong urut susu dan Alhamdulillah bekas bengkak susu tu hilang and susu lancar sikit la
merasala la aku bertungku dan berbarut selama 3 hari tu

Last-last memang aku tak berbengkung
aku cuma beli high waisted girdle
and infra red bodysuit
Takda memberi kesan kurus pun cuma dia tuck in lemak-lemak tu je

Hamza day 9




















Hasil tak berpantang betul aku dapat rasakan selepas pantang:
1. Berat badan tak turun langsung
2. Badan gemuk macam masih mengandung
3. Tangan kebas-kebas
4. Badan penat macam nak kena stretching selalu

aku tak boleh nak regret
sebab aku cuma boleh buat apa yang termampu
yang penting selama 40 hari tu aku dapat jaga Hamza dengan baik
Walaupun aku takda pengalaman langsung jaga baby
Alhamdulillah aku berjaya buat dengan bantuan husband aku yang memang tahu serba serbi
Walaupun aku ada kena baby blues sikit masa dalam pantang tu
aku dapat jugak buang perasaan tu jauh-jauh

Bagi aku boleh nak berpantang sendiri kalau ada disiplin
tapi sebaiknya jagala elok-elok sebab kesan dia memang ada selepas habis waktu berpantang tu
berpantang bukan semata-mata nak kurus je
tapi untuk kesihatan jangka panjang
Kalau next baby nanti walaupun aku tak berpantang rumah mak
aku akan save some money to hire confinement lady
I think it's for the best
Taknak dah rasa sakit tulang belakang macam orang umur 40an
dan perut buncit macam mengandung 7 bulan
oh my weight!
sedih nak cerita pasal post-pregnancy weight ni....
tapi bila tengok muka anak ummi ni...terus terlupa kejap kekecewaan tu
Terlupa kejap jela...
bila nak pakai baju pegi kerja meroyan balik dengan badan gemuk ni

sebelum botak




6 comments:

cha said...

Huhu u tak kene makan ikan haruan u? Akak i mak kasik makan ikan haruan sume sebab akak i operate. Aaa i dhla geli ikan haruan huhu. Bagusnya u pantang sendiri. I memang tak boleh kene ada mak i atau mak mertua la nampaknya huhu nak harapkan husband i dia x berapa pandai buat keje rumah ni

Takpe ada masa lg nak kurus tu. lepas ni bolehla senaman diet sume k :)

pet09 said...

i makan ikan haruan fresh 4 hari je pastu tak balik umah ambik stok. yang pati ikan haruan tak makan sebab doctor tak advise makan awal sangat. pantang sendiri ni freedom cha tapi tak disiplin la..plus tak dapat la nak manja diri sangat...aunty yang urut i tu kata dia jaga menantu dia pantang tak bagi turun bawah langsung...makan pun bawak ke bilik ok...bestnya dapat manja camtu..hahaha

ntah bila la nak kurus ni ...kena amik masa la nak pergi jogging balik bagai

LisaLisut said...

masa pantang dlu rs tension sbb 1st time.anak nangis pn rs stress.huhu.skrg bile dikenang balik,kalau la i bole turn back time i nk jadi sorg yg penyabarrrrrrrrrrrrrr dan dgr ckp mak i supaya berbengkung(skrg mak i bebel pn i masih malas pdn muka perut gedeber).

salah i sndri msl berbengkung.sbb org yg btul2 disiplin berbengkung mmg hasilnya kurus.no doubt.bdn rs sihat bagai.i blamed myself.hmmmmmm

pet09 said...

lisa:
I pun ada rasa tensen sebab tak biasa kan...pastu badan rasa penat dan diri rasa terurus..I rasa semua new mom akan rasa sama...baby blues..

Pasal berbengkung tak dapat nak tolong la memang tak buat sebab lebih jaga luka operate kan..tapi u kurus la lisa so takde la stress sangat kan..haha

Fara Atiqah said...

aku kagum sebenarnye dengan korang husband and wife. rasanya kalau aku dah nangis2 pantang sendiri sbb kita first time mom.

tp badan before and lepas bersalin memang tak sama dah la. huhu..

takpe..berkorban demi anak.

pet09 said...

Fara, kalau ko kena pantang sendiri pun ko akan survive because yang penting adalah anak. and you will anything for your child walaupun diri sendiri tak terjaga.

sedih nak habak badan pas bersalin ni. tunggu masa je nak start jogging balik