Wednesday, March 30, 2011

The Long and Winding Road

Edaran sebagaimana Lampiran A

Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan,

PERMOHONAN MENAIK TARAF DAN SENGGARAAN JALAN KAMPUNG DAN BEKALAN AIR PAIP DI KAMPUNG PERIMBUN, JALAN HULU LANGAT.

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Kampung Perimbun adalah sebuah kampung yang wujud sejak sebelum kemerdekaan tanah melayu di batu 9 ½ , Jalan Hulu Langat. Kampung ini tidak mempunyai ramai penduduk. Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang enam buah rumah dan sebuah kilang di kampung Perimbun. Keluarga saya adalah antara penduduk asal kampung ini.

3. Sehingga ke hari ini, Kampung Perimbun tidak mendapat kemudahan asas seperti air paip dan jalan yang berturap. Jalan yang digunakan setiap hari ialah sebuah jalan tanah merah satu lorong yang berlubang-lubang sejauh lebih kurang 150m dari kawasan penduduk ke jalan besar. Jalan tersebut turut digunakan oleh penunggang motosikal dari kawasan perumahan di seberang sungai langat (kawasan perumahan Taman Mahkota Cheras) sebagai jalan pintas ke Hulu Langat. Keadaan jalan yang amat daif dan semakin hari semakin rosak amat memberi bebanan kepada kami.

4. Bekalan air juga menjadi masalah utama kepada kami kerana penggunaaan bergantung sepenuhnya kepada air perigi atau air yang digali sendiri. Walaupun air tersebut boleh digunakan, aktiviti kilang yang amat dekat dengan kawasan yang diduduki amat membimbangkan kami terutamanya tentang kualiti air yang tidak ditapis. Kami amat berharap sekiranya dapat dibekalkan dengan air yang lebih bersih dan selamat diminum.

5. Sehubungan dengan itu, saya bagi wakil penduduk Kampung Perimbun ingin memohon pertimbangan pihak Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan untuk menaik taraf dan menyenggara jalan kampung yang kami gunakan setiap hari untuk berhubung dengan jalan besar. Sila rujuk Lampiran B untuk gambar keadaan jalan tersebut dan lampiran C untuk peta lokasi Kampung Perimbun.

6. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya, Nor Lela Abdul Ghani di talian
__________.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

(NOR LELA ABDUL GHANI)
Wakil Penduduk Kampung Perimbun





Lampiran B




Jalan Utama dari Jalan besar (Jalan Hulu Langat)




Jalan yang membentuk "swimming pool" bila hujan







Swimming pool lagi






Lampiran C





Peta jalan tersebut



I've send this letter last week to the Ministry or Rural and Regional Development (KKLW),
Majlis Perbandaran Kajang, JKR Selangor, District JKR and
Hulu Langat District Officer.


Let's see who respond first, shall we?




MY INTERMONOLOGUE:
System of A Down - Chop Suey

No comments: